
Bila kita sebut pasal kerja hotel, ramai yang akan terbayang..kalau kerja di hotel sebagai waiter dan waitress mesti kena buka tudung.Free hair and short skirt.Perkara ini la yang membuatkan ramai mak ayah risau nak bagi anak-anak belajar dalam -bidang hospitaliti.Saya sendiri tak faham kenapa kebanyakan hotel-hotel di Malaysia tak boleh accept orang yang pakai tudung untuk kerja sebagai front liner.Asyik-asyik tempat orang yang bertudung ni di back of the house! Meaning to say, kitchen,laundry department, steward area, cleaner dan yang sewaktu dengannya.Adakah orang yang bertudung tidak layak untuk berhadapan dengan para tetamu yang datang? Pada pendapat saya, sepatutnya kita tidak boleh menilai skill seseorang melalui pegangannya sama ada dia bertudung atau tidak.Itu hak empunya diri.Kenapa mesti ada diskriminasi pada pekerja hotel terutama bagi wanita yang ingin bertudung? Sedangkan fungsi mereka sama saja.TO SERVE THE GUEST!Mengapa perlu ada stereotype yang mengatakan, ala..keje hotel..kena la free hair! Di tempat saya bekerja sendiri,banyak ibu bapa yang bertanyakan tentang isu ni apabila tiba masa anak-anak mereka menjalani latihan praktikal di hotel-hotel tertentu.Tapi yang nyata, kebanyakan dari hotel mengenakan syarat, jika pelajar tersebut ingin ditempatkan di front of the house atau dengan kata lain front line,mereka perlu mengikut syarat ini iaitu tidak boleh pakai tudung! Apakah yang dinilai dari isu tudung ini? Adakah jika mereka sama ada pelajar atau pekerja itu sendiri tidak mengenakan tudung, kualiti kerja mereka akan lebih meningkat?Bukankah dengan mengenakan tudung dikepala apabila memberikan perkhidmatan terutama sekali waiter atau waitress lebih bersih atau hygiene?Kerana dapat mengelakkan dari rambut-rambut yang berguguran dan kelemumur yang bertaburan? Sampai bila industri ini akan menghadkan atau mengenakan sekatan kepada wanita bertudung yang ingin menceburi bidang ini?Saya pun tak pasti.Yang pasti, jika ada yang ingin terjun ke bidang ini TEPUK DADA TANYA IMAN,TEPUK DADA TANYA SELERA.
tepuk dada bunyi bedebub...
ReplyDeletehuhuhu...btol la tu...
pe yg diluahkan oleh puan sndiri...
kdg2 mereka terlalu pentingkan imej...
konon attract guest la agknyer...
and i agree about the hygiene...
so,pe yg blh kita lakukan?
ada ke pihak yg blh membuat tindakan?
atau polisi hotel ini tidak boleh diubah?
Boleh diubah.Tapi kementerian kita kena main peranan.Masalahnya isu sensitiviti ni macam takde sape nak ambil tahu.
ReplyDelete